PROJEK CRYSTaL
CReative YouthS Through innovative Learning
Projek CRYSTaL ini dilaksanakan dengan penglibatan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).
Kementerian Pelajaran Malaysia, terlibat dari peringkat awal apabila program ini mula dicadangkan untuk menyelaraskan koordinasi di antara Pejabat Pelajaran Negeri, Daerah dan Pengurusan Sekolah dengan UKM dan MTDC, dan juga dalam hal-hal penjadualan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
Peranan UKM ialah untuk menyediakan modul-modul latihan, menjalankan latihan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah serta menyediakan mentor-mentor untuk membimbing pelajar-pelajar sepanjang tempoh program ini dijalankan. Beberapa orang pensyarah juga terlibat sebagai penasihat kepada program ini. Pensyarah-pensyarah ini juga terlibat dalam memberikan latihan kepada mentor-mentor dan membangunkan modul-modul latihan dan pembangunan produk untuk program ini.
MTDC pula telah memberikan sumbangan kewangan untuk menampung kos aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini. Selain dari memberikan sokongan kewangan, kakitangan MTDC juga terlibat secara langsung dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti program ini.
No comments:
Post a Comment