Why CRYsTAL?

It stands for "CReative YouthS Through innovAtive Learning".

Sunday, February 13, 2011

CReative YouthS Through innovative Learning

PROJEK CRYSTaL

CReative YouthS Through innovative Learning



Projek CRYSTaL ini dilaksanakan dengan penglibatan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

Kementerian Pelajaran Malaysia, terlibat dari peringkat awal apabila program ini mula dicadangkan untuk menyelaraskan  koordinasi  di antara Pejabat Pelajaran Negeri, Daerah  dan Pengurusan Sekolah  dengan UKM dan MTDC, dan juga dalam hal-hal  penjadualan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.

Peranan UKM ialah untuk menyediakan modul-modul latihan, menjalankan latihan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah serta menyediakan mentor-mentor untuk membimbing pelajar-pelajar sepanjang tempoh program ini  dijalankan. Beberapa orang pensyarah juga terlibat sebagai penasihat kepada program ini. Pensyarah-pensyarah ini juga terlibat  dalam  memberikan latihan kepada mentor-mentor dan membangunkan modul-modul latihan dan pembangunan produk untuk program ini.



MTDC  pula telah memberikan sumbangan  kewangan untuk  menampung kos aktiviti-aktiviti yang dijalankan  dalam program ini.  Selain dari memberikan sokongan kewangan, kakitangan MTDC juga terlibat secara langsung dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti program ini.